Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah,
syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan nikmat yang
dikurniakan serta dengan izin- Nya, kita dapat lagi meneruskan tanggungjawab
yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik di SMK Sungai Baging.
Gelombang
Pertama PPPM 2013- 2015 menuntut kita menjayakan transformasi Sistem Pendidikan
Negara iaitu PBS, ELT, Sarana Sekolah dan Ibu bapa, Program i-THINK di samping
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan juga
pelaksanaan PA21. Kini kita berada di Gelombang Kedua PPPM 2013-2025 iaitu
Memajukan Peningkatan Sistem. Kesemua perubahan pendidikan ini beroperasi di
sekolah. Transformasi Kurikulum KSSM merupakan Penambahbaikan kurikulum sedia
ada bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan dan cabaran abad ke-21
Kesimpulannya
KSSM dapat Meningkatkan kualiti pendidikan menengah agar lebih relevan dengan
cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi
mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum
memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar,
pengurus kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan.
Pendidikan
menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Situasi ini amat menuntut warga
pendidik lebih prihatin, komited dan mempunyai daya juang yang tinggi dalam
mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya
amat berharap, setiap guru dan anggota kumpulan pelaksana akan bersikap terbuka
dan optimis menerima cabaran-cabaran dalam sistem pendidikan Negara dan
membuktikan bahawa kita mampu bangun dan melahirkan modal insan yang diingini
oleh bangsa dan negara. Marilah sama-sama kita mempraktikkan dan menjadikan
budaya bekerja satu pasukan dan berkolaborasi dalam semua peringkat selaras
dengan slogan sekolah “Sederap Menjana
Kecemerlangan Sahsiah Berilmu”.
Sama-samalah kita berusaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, kokurikulum tetapi juga
sahsiah dengan memegang prinsip bahawa semua murid boleh belajar, diajar dan
mencapai kemajuan. Usaha ini sekali gus menjayakan visi KPM iaitu Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Akhir kata, “Selamat
Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas dan Dedikasi” Sekian terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Mohd Nasri bin Mat Akhir
Pengetua
No comments:
Post a Comment