SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH 



SMK Sungai Baging terletak 36km dari Bandar Kuantan. Merupakan sekolah harian biasa kategori luarbandar. Pada 24 Oktober 2004 Tn. Hj. Mohd Sidek telah diarahkan oleh PPD Kuantan sebagai Caretaker untuk memulakan sesi persekolahan 2005. Sesi persekolahan yang pertama bermula pada 3 Januari 2005. Pada peringkat awal penubuhannya, SMK Sungai Baging menerima kemasukan murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 iaitu seramai 431 orang yang diterima masuk dari SMK Pelabuhan, Kuantan dan SMK Geliga Kemaman, Terengganu.

Mesyuarat Kali Pertama dihadiri oleh 7 orang guru dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Bin Sidek sebagai Caretaker sebelum kehadiran Pengetua. Persatuan ibu bapa dan guru SMK Sungai Baging diluluskan penubuhannya pada 17 Mei 2005. Pengerusi Penaja PIBG SMK Sungai Baging ialah Tn Hj Awang Teh Bin Ismail.

Bilangan guru pada hari pertama persekolahan bermula ialah seramai 11 orang dan bertambah kepada 20 orang pada 31 Januari 2005. Staf sokongan pula terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal. Pengetua Pertama ialah Pn Hajjah Rokiah Binti Ibrahim yang melapor diri pada 16 Januari 2005 dan bertukar sekolah pada Ogos 2006. Pengetua Kedua ialah En Mohd Bin Mohd Nor yang bertugas mulai 1 September 2006 hingga 31 Disember 2010. Pn Hajjah Norley Binti Noordin merupakan pengetua ketiga dan hanya berkhidmat selama setahun sahaja, mulai 1 Januari 2011 hingga 30 November 2011. Pengetua yang keempat ialah Tn Haji Mohd Pauzi Bin Taib yang memulakan perkhidmatan pada 1 Disember 2011. Pengetua ke lima ialah Pn Juwita Binti Jamaludin yang mula berkhidmat pada 17 November 2014 hingga 31 Julai 2016. Pengetua sekarang ialah En Mohd Nasri Bin Mat Akhir yang memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos 2016 sehingga sekarang.

Pada tahun 2013 setelah lapan tahun beroperasi, SMK Sungai Baging telah mencatatkan sejarah kecemerlangan apabila menerima Anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua 2013 (New Deals)kategori Lonjakan Perdana sekolah harian biasa. Rentetan itu, SMK Sungai Baging telah dikelompokkan dalam Band 4 berdasarkan Skor Komposit SKPM.

Bilangan terkini guru adalah seramai 61 orang, dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Bilangan murid terkini ialah seramai 816 orang dan bilangan kelas yang beroperasi sebanyak 30 kelas di mana kelas pendidikan khas mula dibuka pada tahun 2015 seramai 8 orang murid.
 

No comments:

Post a Comment